top of page

Cara untuk menempah

Setiap tempahan hendaklah disertakan dengan wang pendahuluan sebanyak RM1500 dan bayaran penuh hendaklah dijelaskan selewat-lewatnya 50 hari sebelum tarikh penerbangan.

Anda diminta mengisi borang pendaftaran selengkapnya berserta salinan kad pengenalan, salinan passport antarabangsa dan 2 keping gambar berukuran passport background (untuk urusan visa) setiap perserta yang mendaftar.*

qrcode_111063083_fd8a504c756d18100da5e4b70ae70418.png

Scan ini untuk mendapatkan borang

Isi maklumat dan upload di link yang tertera:

WhatsApp Image 2024-04-01 at 12.36.41 PM.jpeg
png-transparent-maybank-postfinance-logo-private-banking-bank-label-text-rectangle-removeb

5540 2628 1423

*Harga pakej atau aturcara perjalanan yang ditawarkan adalah tertakluk kepada perubahan dari masa ke semasa.

Pakej tidak termasuk

Penggantian bagasi/barangan peribadi yang hilang dimana-mana lokasi sepanjang perjalanan dan lebihan timbangan bagasi.

Sebarang perubahan kadar matawang asing dan kenaikan harga tiket penerbangan, cukai lapangan terbang dan/atau surcaj bahan api.

Tambahan kos visa bagi jemaah bukan warganegara Malaysia.

Makan minum semasa transit melainkan yang dinyatakan

Bukti pembayaran boleh diberi kepada email kami :

Pembatalan Pakej

AKTA INDUSTRI PELANCONGAN 1992
PERATURAN - PERATURAN INDUSTRI PELANCONGAN (PENIAGAAN PENGENDALIAN PELANCONGAN)  DAN PERNIAGAAN AGENSI PENGEMBARAAN 1992 
TERMA DAN SYARAT SERAGAM BAGI PAKEJ PELANCONGAN KE LUAR NEGARA 

Tertakluk kepada peruntukuan jadual kepada peruntukan jadual keempat Akta Industri Pelancongan 1992, Hyad Travel & Tours SDN. BHD. berhak mengenakan caj pembatalan penempahan 

Permohonan pembatalan tertakluk kepada 3.2.1 dan 3.2.2 Jadual Keempat Akta Industri Pelancongan 1992 seperti berikut 

Perkara 3.2 Bagi Pakej Pelancongan Berkumpulan 

Perkara 3.2.1 Pembatalan 45 hari berkerja atau lebih sebelum tarikh berlepas, fi pentadbiran minimum sebanyak RM 30.00 atau 2% daripada tambang pelancongan (mengikut mana-mana yang lebih tinggi) seorang akan dikenakan

Perkara 3.2.2 Jika notis pembatalan diterima 44 hari atau lebih sebelum tarikh berlepas, caj yang berikut akan terpakai: 

22-24 hari bekerja sebelum tarikh berlepas

pelucutan deposit pelancongan

15-21 hari bekerja sebelum tarikh berlepas

35% daripada tambang pelancongan

08-04 hari bekerja sebelum tarikh berlepas

50% daripada tambang pelancongan

03-07 hari bekerja sebelum tarikh berlepas

75% daripada tambang pelancongan

02 hari bekerja atau kurang sebelum tarikh berlepas

100% daripada tambang pelancongan

bottom of page